BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 12, 2010

Cuba untuk matang untuk berubah

Kematangan sesuatu yang subjektif untuk kita perkatakan. Perbincangkan dan persoalkan. Seperti kita minum secawan kopi... ada suka pekat, ada yang suka berkrimer dan ada yang suka tanpa gula. Masing-masing ada definisi sendiri...Di sebalik ketidakmatangan seseorang ada juga terselit kematangan yang hakiki dan di sebalik kematangan seseorang terpalit juga ketidakmatangan yang mencariakan.

Hari ini aku di tegur lagi. Kata teman-teman aku ini tak berperasaan dan suka ambil mudah. Satu ayat menyentap otakku hinggakan sel-selku berfungsi. "Azz bilalah ko tok mok matang?" Yelah kan bilalah aku nak matang. Jadi aku tanya pada diriku soalan teman-teman yang aku gelakkan selama ini ( semalamlah aku gelakkan)...

Berapa umurku? (soalan sendiri)
*Umurku 22 nak masuk 23... (Ya Allah dewasanya aku)

Apa yang aku fikirkan tentang hidup?(adaptasi kenyataan : Hidup tok c semudah yang kita mauk)
*Hidup akan mudah apabila kita permudahkannya dan hidup akan susah apabila kita menyulitkannya. (Well fikirkanlah, apa yang kita lakukan adalah pilihan kita dan tanggungjawab kita jadi kalau kita memilih untuk susah maka kita akan susah dan kalau kita memilih untuk senang maka kita akan senang.)

Apa yang aku mahukan?(Adaptasi:Kau kenak pertahankan diri ko. Jangan diam jak bila orang marah.)
*Simple life with happy day. Aku mahu itu. Aku tak suka tertekan (sebab aku ada migrain. Aku tak suka marah (sebab aku tak suka kena marah-kalau dia nak marah buat apa kita marah balik nanti akan jadi dendam.) Aku suka sesuatu yang mudah.(I know my life is bored but that the life I choose).

 Benar kah aku terlalu bercinta-cita tinggi?(adaptasi: Kau ya perempuan. Sik kan ko cmok kahwin)
* Aku hanya ingin jadi seseorang dalam hidupku. Satu hidup yang boleh aku banggakan. I am tapikal girl yang memikirkan dengan kuasa dan pangkat itu adalah sesuatu yang di banggakan. So I will go for it dan baru aku tahu aku tak terfikir tentang soal peribadiku. (betul ke cara pemikiran aku?)

Benarkah makeup menunjukkan kita matang?(Adaptasi: Kau ya dah kerja cobalah berhias sikit. Ko bukan budak kecik).
*Aku tak suka makeup sebab aku rasa make up buat muka aku gatal dan berlapis-lapis. (betul ke kena pakai makeup?) Tapi aku terfikir juga mungkin betul kata mereka, Yelah aku ni masih lagi macam budak-budak. Keluar dgn jeans and t-shirt. Tudung sesuka hati aku je simpangkan.Selipar stakat selipar jepun atau sandel je. Makeup memang jarang pakai. (fesyen aku zaman umur aku 15 tahun sampai sekarang memang tak berubah)

 Cinta? (Adaptasi: Setiap manusia perlu pasangannya. Ko cboleh terus mengelak. C semua cinta ya akan berakhir.)
*Aku tahu itu. Aku sedar aku tak boleh terus mengelak atau takut. Tapi nak buat macam mana memang aku belum berani nak melangkah sekali lagi. Aku selesa macam ni. Tpi aku yakin satu hari nanti aku akan jumpa seseorang yang mampu membawa aku melangkah sekali lagi. Aku tak perlu mencari kerana dia akan datang sendiri. Lelaki yang aku percaya, yakin dan hormati.

Apa yang aku tulis terus dari fikiran ku. Aku tak berfikirpun apa-apapun. Ini yang aku rasa. Sejujurnya aku rasa aku belum matang. Aku baru rasakan bahawa aku memang kurang peka terhadap sekelilingku. Otak aku terlalu mudah berfikir. Aku hanya memandang satu arah tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan ku.Aduh aku tak boleh nak keluarkan soalan-soalan ini dari otakku. Aku fikir untuk berubah? Tapi soalan kedua di fikiran ku terus tertanya.. kalau aku berubah.. berapa lama aku mampu bertahan untuk terus kekal jadi orang yang baru itu? Mungkinkah aku akan kembali seperti aku sekarang? Memang susah hati aku fikir.

0 comments: