BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 8, 2010

Hari ini hari pemulaan.

Hari ini di blog ini hari baru buatku... Aku akan mencatatkan kisah-kisah menarik yang aku ingin kongsi dan luahkan pada semua... Okay. Kita mulakan pada hari ini.

8/2/2010

Pagi tadi aku bangun awal. Kemudian aku pergi baca note sikit n Buat novel sikit (sempat tu) Huhu Cafe world aku tak tinggal ye... Wajib. Kelas mula pukul 9 aku 4.30 dah bangun. Semangat sangatkan....

Alkisahnya pukul 6 aku g lah makan ubat batuk. Sebab (batukku semakin menyesakkan dada) Dah makan ubat batuk tu... mata aku pun terbatuk-batuk dan akhirnya terlena semula. Lena punya lena sampai terponteng kelas pagi. Huhu Maaflah Encik Nazir, bukan salah saya tapi saya mata saya tak nak buka... hikhikhik...

Pagi je ponteng. Petang dah tak ponteng dah. Pukul 2 aku masuk kelas statistik. pening kepala tengok angka2 yang nampak macam gula2 je. Hai kan bagus kalau aku makan angka2 tu aku terus pandai. Pastu ada kelas SM... Dari mengira aku membaca. Mahu tak terbalik otak... 360 transformation... Kalah transformers. Aku tak dgr sangat pun. Lagi banyak berangan dari mendengar (jangan tiru aksi ini di luar ye)

Balik kelas, aku masak. Masak mee hoon goreng je. Dah lapo sgt. Almaklumlah... Penat belajar kan...( action je lebih)... Aku, Yana, Barek dan Fifi pun makan dengan lahapnya.... huhu... Masa aku tulis ni aku tgh cari idea utk novel CPK... Malam ni nak sambung novel tu.

Benda yang aku nak buat malam ini:

a) Buat Novel.
b) Belajar untuk test esok.
c) Nak siapkan PSM...

0 comments: